Sunday, December 18, 2011

Tahun Baru Datang Lagi.


     

    
        Tahun baru akan datang, tak beberapa hari sahaja lagi. Assalam buat semua. Anggap sahajalah ini sebagai entry pembukaan bagi lembaran 2012 walaupun pada hakikatnya kita masih lagi berada dalam tahun masihi 2011. Permintaan demi permintaan agar saya terus ber’blogging’ melahirkan entry ini. Dengan izin Allah swt, diharap akan lahir lagi entry-entry baharu untuk untuk siri ‘Datuk Wannabe’ saya bagi tahun 2012.

Saya diminta untuk membuat coretan penggulungan bagi semua episod yang telah saya lalui sepanjang tahun 2011. Termenung panjang memikirkan apa yang bakal diisi untuk write-up ini, saya sedang mencongak-congak, dari mana harus saya mulakan ceritera 2011 ini. Saya tahu, sudah sampai setakat ini, entry closing bagi 2011 ini berbunyi sangat skema kan? But, what can I say? Saya tak lagi mampu untuk menipu diri sendiri lagi dengan menghasilkan entry yang write-up nya berbunyi sangat fancy & catchy dalam misi, untuk menaikkan rating pembaca sedangkan saya sudah melalui fasa lain dalam kehidupan ini. Bunyi serius sangat ke ni? Tak lah!!

Dalam tahun-tahun masihi terdahulu seperti 2007, 2008 … sehinggalah ke 2010, apa yang boleh saya katakan, pengalaman yang saya telah perolehi sepanjang 4 tahun berkenaan tidak boleh menandingi 1 tahun pengalaman hidup saya dalam tahun 2011. Ianya bagaikan telah di’compressed’ kan dengan sepadat-padatnya kemudian di marathon kan sepanjang 365 hari sepanjang 2011. 

Berlaku jujur, tanpa berselindung, biarlah saya nyatakan dengan jelas lagi tak payah nak bersuluh, lebih banyak pahitnya pengalaman yang saya terpaksa tempuh sepanjang tahun ini daripada menikmati manisnya nikmat hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi ciptaan-Nya ini. Jika kalian setia dengan siri, InsyaAllah akan saya kongsikan pengalaman sepanjang tahun berkenaan dalam entry mendatang. Sneak preview, daripada berada dalam situsai paling sukar dalam membuat keputusan dalam karier, merasai pengalaman mengenali siapakah kawan dan siapa lawan, merasai manisnya mengenali “Cinta” lalu dipalitkan dengan kepahitan “Cinta” yang tiada terhingganya (aku tau, sampai bab ni korang dah rase nak termuntah dah kan?), dan sehinggalah ke satu detik, apabila tuhan menarik kembali seseorang yang telah Dia pinjamkan kepada saya sepanjang 27 tahun saya hidup bersamanya. 

Apa yang pasti, 2011 hanya akan singgah sekali dalam hidup ini. Bagaikan menjalani 1 short course yang pening, stress lagi mencengkam jiwa, saya akan cuba menjalani 2012 mendatang dengan lebih baik. But, off course la kan? Asal datang tahun baharu je, sure akan terkeluar bait-bait ayat seperti  macam tadi, macam budak-budak AF lah, asal dapat tugas lagu terbaru je, sure akan keluar dialog … “saya akan buat yang terbaik”, tapi Tak! Tahun 2011 memang lain macam sikit. Dan 2012 saya tak mengharapkan akan ada 1 miracle atau keajaiban yang akan jatuh menimpa diri, tapi saya akan berusaha untuk menciptanya. InsyaAllah, hanya dengan izin dari-Nya.

DK – “2012, please be nice to me please? Thank you 2011”

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...