Kerjaya sebagai seorang artis tidak hanya menuntut bakat
lakonan atau nyanyian. Sebagai seorang yang menjadi perhatian masyarakat,
kemahiran bewrkomunikasi dengan orang awam atau pihak media, antara salah satu
kriteria yang tidak harus dipandang ringan oleh golongan ini. Hakikatnya, kita
harus menerima kenyataan yang kebayakan artis tanahair kita hanya mampu
mengucapkan perkataan 'terima kasih' sahaja apabila dijemput naik ke pentas
untuk menerima anugerah bagi pihak diri mereka sendiri.
Adakah kami sebagai
penonton atau khalayak peminat yang terlalu bijak atau sememangnya acuan artis
kita memang begitu, bukanlah saya yang akan memberikan jawapannya. Jauh sekali
ingin menjadikan Hollywood sebagai kiblat bagi artis kitamencontohi mereka,
namun ada sesuatu yang boleh dipelajari dari tontotan majlis anugerah di
Hollywood seperti acara Academy Awards, Globe Awards, malah Brit Awards di
Britain. Tidak terhad dengan hanya "terima kasih kepada mak, ayah, suami
tersayang dan peminat! oh... kepada penaja baju saya malam ini, i love you
all", karyawan barat lebih sensitif dalam menyampaikan dedikasi mereka
kepada mereka yang bersama-sama merealisasikan kemenangan seperti team belakang
tabir malah dalam tempoh beberapa saat di atas pentas berprestij digunakan
sebaik mungkin dengan berkongsi sedikit pengalaman yang tidak diceritakan di
episod 'Behind The Scene' filem penggambaran mereka dan bagaimana ia mungkin
menjadi salah satu faktor bagi tuah menyebelahi mereka, merangkul trofi di
malam bertuah itu. Apa yang penting, ia menjadi inspirasi untuk dikongsikan
dengan semua. Bukan menjadi medan untuk mempromosikan nama penaja dari hujung
rambut sampailah ke hujung kaki.
Sebagai contoh
dalam pemerhatian, bukan sengaja mencari salah artis ini sementelah namanya
hangat diperkatakan kini semenjak memenangi anugerah nyanyian dari tanah besar
China, hinggalah ke anugerah besar industri muzik tanah air yang dibolotnya
kini, namun ucapannya di majlis Anugerah Planet Muzik 2012 lalu di
Singapura bagai membuatkan saya terfikir sejenak. Bagi kemenangannya merangkul
Anugerah Artis Wanita Terbaik (bukan anugerah kategori popular atau undian sms
peminat ya), Shila Amzah hanya mampu berterima kasih pada kedua ibu bapa,
peminatnya, designer dan make-up artis. Oh, saya mungkin jahil tentang industri
muzik tanah air, tetapi ... ucapan terima kasih buat 'designer dan make-up
artis' bagi kejayaannya di majlis anugerah sebegitu membuatkan saya terfikir
lagi, mungkin sungguh besar jasa dan pengorbanan 'designer dan make-up artis' nya
dalam meletakkan Shila Amzah di tahapnya berada pada hari ini.
Shila Amzah
adalah secebis subjek, namun ucapannya pada malam itu betul-betul mendesak saya
menulis artikel ini dan mohon jika perlulah artis tanah air kita diberikan
'Kursus Pengucapan Awam', buatlah ia dengan segera. Bak kata orang tua-tua,
'perkara yang baik, tidak elok dilambat-lambatkan'.
No comments:
Post a Comment