Friday, December 23, 2011

Seronok tengok tv malam ni.



      Siang-siang lagi, nak kena habaq, ini bukan blog hiburan. Jadi, nak kritik-kritik dengan penuh emosi tentang  filem, drama, kaset, wayang, bla bla bla memang tak dapat la kan? Just nak habaq, im so happy tengok tv malam ni. Lama dah tak tengok drama tv yang boleh buat kita melekat sampai mak suruh buang sampah pastu cakap kat mak kejap lagi pastu mak bising, then kite cakap “kejap la..ishh” pastu mak datang kat kite bawak tong sampah, then parking kat depan tv. Betul-betul depan tv. Hambek! Eh? Mana remote astro? Sorok remote cepat! Nanti mak suruh bukak ‘Semanis Kurma’. Not this night please?



Premiere 22 Disember 2011, Thursday 09:00 pm  KUL  MAL  astro ria


Actually, im a bit typical –lah dengan drama tv yang cuba nak bawak mamat indon ni dalam scene Malaysia tv screen ni. Tengok pulak ade satu part yang si Randi ni bawak moto besar macam si Awie dalam filem Sembilu, Aaahhh!! Memang tak la aku nak tengok cite ni kan?
Takdir penentu segala. Dah tertengok pun. Tak rasa jelek pun. Boring pun tak. Plot & sub plot tak meleret-leret, telemovie 2 jam tak terasa macam 2 jam. Iklan pun tak menyebok dengan kerapnya macam tiap-tiap hari nak bgtau betapa peri pentingnya untuk kita bertukar syampu. Siap bagi 5 sebab! Arrghh!!! Rambut aku tak banyak la. Tak payah nak syampu-syampu sangat la!







Nanti akan saya siapkan write-up untuk telemovie ni untuk 1 column di Pancaindera Mingguan Malaysia hujung minggu ni ye. Bagi kita yang sekapal, tataplah 1 2 3 keping gambar berkaitan. Layanlah perasaan malam-malam Jumaat ni. Passport nak balik Surabaya dah siap dah?



DK – “Biar Mimpi Sampai ke 05:45 pagi”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...