Sunday, January 1, 2012

Istimewa Tahun Baru : Selagi Budak-Budak Ni Boleh Makan.





Perrgh! Tajuk update belog kalau tak gempak seperti ayat di atas memang tak sah la kan? Kau kalau bab makan memakan, sure tak nak mengaku kan Kerol Aswa? Pastu terus nak point fingers kat orang lain, terutamanya budak-budak. Bajet kau memang tak makan banyak la? Ah!  Diamla! Toksah nak buat aku rasa macam bersalah sangat la. Aku just rasa je kot? R.a.s.a ... k!

Inilah budak-budak yang dimaksudkan. Atiqah & Aqilah.
Sangat-sangat dimaksudkan.


Semua orang pun tau, kalau nak cari best Japanese food sewaktu shopping groceries adalah di Jusco. Yeah! almaklumlah, Jusco memang berasal dari negara matahari terbit ni pun. So, memang no wonder-lah wey.


Memang tak semua tekak orang kat tanah melayu ni pun yang boleh terima benda alah benda alah dari Jepun ni. Kalau tak boleh nak telan tu, macam-macam fakta & prinsip diri lah yang boleh kita dengar dari pihak defendan untuk membela diri.


"kulit aku sensitif lah wey, makan ikan mentah boleh buat rona kulitku jadi tidak sekata"


ERKKK???


 Lupakan. Biarkan mereka dengan dunia mereka. Keberuntungan akan berpihak kepada kita sebenarnya, jadi usaha pujuk-memujuk ni akhirnya akan memakan diri sendiri. Korang nak ke share makan dengan diorang? Pastu kene order lagi sekali sebab tak cukup? Pasti, jawapannya adalah Tidak! plus, tiada siapa pun kat sini yang nak kempen suruh makan ikan mentah. Kita nak ajak makan Tako tao! tau Tako tao? tak tau?


Tadaaaa!!!


Walau kami take-away & makan dalam kereta. Its still HOT & Menyengat!
Percaya pada kami pls.


Memang sangat sedap sebenarnya. Berkhasiat. Weh! Apa saja yang aku makan, kalau siap tulis kat belog ni, yang tak berkhasiat pun akan jadi berkhasiat weh! Serius. 


Kalau tak payah share boleh tak? 


Makanan Jepun ini disediakan panas-panas sewaktu adik-adik semua membuat pesanan ya. Macam acik yang buat kaya ball panas-panas kat depan Mydin tu. Sekotak hanya RM 4.90! Mampu milik. Tak perlu nak buat rayuan isi borang bantuan 1 Malaysia bagai.


Pilih lah mana satu yang berkenan di hati. Kami pilih Udang!!!


Berbeza dengan sushi yang dihidang sejuk atau dalam kondisi suhu bilik, hidangan panas ini sangat menyelerakan dengan cecahan mayonis serta sos lada hitam serta sos ikan istimewa mereka. *tak macam bunyi skrip JJCM TV3 kan?*


Sesi bedah siasat makanan berkhasiat.

See? Jumpa Udang kan?


tengok ni ...


video


Ni yang malas nak update-update belog ni. Kan dah lapa. Sape susah sekarang?




DK - "Teringin pulak nak makan kuih Tako, kalau bulan tak puasa, mana nak dapat kuih Tako erh?"

2 comments:

  1. hahahahah...
    yang tak berkhasiat pon akan jadi berkhasiat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...