Friday, December 30, 2011

Aktiviti Wajib Hadir Hujung Tahun Negara.





Jangan mudah terpengaruh dengan kemunculan logo di atas pls. Tiada sesiapa di sini yang melayangkan jemputan untuk kalian datang makan pizza free ya. Shakeys Pizza sudah lama berkubur di tanah melayu ini. Lets belajar untuk menerima hakikat. Jadi, bertabahlah membaca entry ini hingga ke titik terakhir ya.

Berada di lapisan kalendar kuda yang paling akhir, di samping anak-anak saudara yang berkeliaran sana sini menandakan yang kalian kini berada di musim cuti sekolah. Kemon-Lah! Ni Malaysia, jangan nak berlagak macam flight korang baru sampai dari Manhattan lepas Subuh tadi. Purak-purak tak tahuk pulakk! Just prepare your sampul angpau untuk dibawa bersama (harap maklum untuk mengisi sampul berkenaan juga pls) ke acara wajib hadir hujung tahun Malaysia. MAKAN KENDURI!!! AMAGADDD!!! Ayam masak merah!

“come to papaaaa”

v/o : There’s goes your diet bebeh

T_T

Jangan ditekankan sangat pasal isu makan & isu diet di sini pls. Apa yang ingin difokuskan disini adalah tentang semangat ukhwah sesama umat dalam merapatkan lagi silaturrahim dengan meluangan masa menghadiri acara-acara seperti ini.

Jap!

“ayam masak merah ada kan?”

This is some Green moment with my old friends, Afzan on her bigday. We’re friends during our days membanting tulang memerah keringat demi sesuap nasi & sekeping pizza personal (staff meal wehh!) di Shakeys Pizza, Selayang Mall … once upon a time.

Green Day 

Torn among the roses :)

Shakeys 2006 batch

Hiro Rumaja 2001 with Hiro Rumaja 2011

Blue Day!
 p/s : Mereka bukan Gadis Celcom ya. Jangan confius pls

Last kami berjumpa around hujung tahun 2008 and now, Tadaaa!! She’s taken.
Sungguh seronok dapat berkenalan & berkawan baik dengan rakan-rakan
se “pembantingan tulang” hingga dapat kekal berkawan hingga kini walau telah berkurun lamanya. Afzan mempunyai bapa yang sangat sporting. Yah! Sport-ing bukan “Sukan”-ing okey…?  Supporting. Cool daddy. Hope leh dapat bapa mertua macam ayah Afzan.

“Uikkss… Boleh??”


So sorry Afzan, can't wait to take picture together-together. Fendi nak balik! Hujan! dia bimbang "ehem-ehem" die terkena hujan. Erggh!


From Us, Selamat Pengantin Baru :)




DK : "Sir Rafizal & Miss Idura, fine.. kami memang lewat, tak dapat nak snap-snap foto Ixora"

Friday, December 23, 2011

Seronok tengok tv malam ni.



      Siang-siang lagi, nak kena habaq, ini bukan blog hiburan. Jadi, nak kritik-kritik dengan penuh emosi tentang  filem, drama, kaset, wayang, bla bla bla memang tak dapat la kan? Just nak habaq, im so happy tengok tv malam ni. Lama dah tak tengok drama tv yang boleh buat kita melekat sampai mak suruh buang sampah pastu cakap kat mak kejap lagi pastu mak bising, then kite cakap “kejap la..ishh” pastu mak datang kat kite bawak tong sampah, then parking kat depan tv. Betul-betul depan tv. Hambek! Eh? Mana remote astro? Sorok remote cepat! Nanti mak suruh bukak ‘Semanis Kurma’. Not this night please?



Premiere 22 Disember 2011, Thursday 09:00 pm  KUL  MAL  astro ria


Actually, im a bit typical –lah dengan drama tv yang cuba nak bawak mamat indon ni dalam scene Malaysia tv screen ni. Tengok pulak ade satu part yang si Randi ni bawak moto besar macam si Awie dalam filem Sembilu, Aaahhh!! Memang tak la aku nak tengok cite ni kan?
Takdir penentu segala. Dah tertengok pun. Tak rasa jelek pun. Boring pun tak. Plot & sub plot tak meleret-leret, telemovie 2 jam tak terasa macam 2 jam. Iklan pun tak menyebok dengan kerapnya macam tiap-tiap hari nak bgtau betapa peri pentingnya untuk kita bertukar syampu. Siap bagi 5 sebab! Arrghh!!! Rambut aku tak banyak la. Tak payah nak syampu-syampu sangat la!







Nanti akan saya siapkan write-up untuk telemovie ni untuk 1 column di Pancaindera Mingguan Malaysia hujung minggu ni ye. Bagi kita yang sekapal, tataplah 1 2 3 keping gambar berkaitan. Layanlah perasaan malam-malam Jumaat ni. Passport nak balik Surabaya dah siap dah?



DK – “Biar Mimpi Sampai ke 05:45 pagi”

Sunday, December 18, 2011

Tahun Baru Datang Lagi.


     

    
        Tahun baru akan datang, tak beberapa hari sahaja lagi. Assalam buat semua. Anggap sahajalah ini sebagai entry pembukaan bagi lembaran 2012 walaupun pada hakikatnya kita masih lagi berada dalam tahun masihi 2011. Permintaan demi permintaan agar saya terus ber’blogging’ melahirkan entry ini. Dengan izin Allah swt, diharap akan lahir lagi entry-entry baharu untuk untuk siri ‘Datuk Wannabe’ saya bagi tahun 2012.

Saya diminta untuk membuat coretan penggulungan bagi semua episod yang telah saya lalui sepanjang tahun 2011. Termenung panjang memikirkan apa yang bakal diisi untuk write-up ini, saya sedang mencongak-congak, dari mana harus saya mulakan ceritera 2011 ini. Saya tahu, sudah sampai setakat ini, entry closing bagi 2011 ini berbunyi sangat skema kan? But, what can I say? Saya tak lagi mampu untuk menipu diri sendiri lagi dengan menghasilkan entry yang write-up nya berbunyi sangat fancy & catchy dalam misi, untuk menaikkan rating pembaca sedangkan saya sudah melalui fasa lain dalam kehidupan ini. Bunyi serius sangat ke ni? Tak lah!!

Dalam tahun-tahun masihi terdahulu seperti 2007, 2008 … sehinggalah ke 2010, apa yang boleh saya katakan, pengalaman yang saya telah perolehi sepanjang 4 tahun berkenaan tidak boleh menandingi 1 tahun pengalaman hidup saya dalam tahun 2011. Ianya bagaikan telah di’compressed’ kan dengan sepadat-padatnya kemudian di marathon kan sepanjang 365 hari sepanjang 2011. 

Berlaku jujur, tanpa berselindung, biarlah saya nyatakan dengan jelas lagi tak payah nak bersuluh, lebih banyak pahitnya pengalaman yang saya terpaksa tempuh sepanjang tahun ini daripada menikmati manisnya nikmat hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi ciptaan-Nya ini. Jika kalian setia dengan siri, InsyaAllah akan saya kongsikan pengalaman sepanjang tahun berkenaan dalam entry mendatang. Sneak preview, daripada berada dalam situsai paling sukar dalam membuat keputusan dalam karier, merasai pengalaman mengenali siapakah kawan dan siapa lawan, merasai manisnya mengenali “Cinta” lalu dipalitkan dengan kepahitan “Cinta” yang tiada terhingganya (aku tau, sampai bab ni korang dah rase nak termuntah dah kan?), dan sehinggalah ke satu detik, apabila tuhan menarik kembali seseorang yang telah Dia pinjamkan kepada saya sepanjang 27 tahun saya hidup bersamanya. 

Apa yang pasti, 2011 hanya akan singgah sekali dalam hidup ini. Bagaikan menjalani 1 short course yang pening, stress lagi mencengkam jiwa, saya akan cuba menjalani 2012 mendatang dengan lebih baik. But, off course la kan? Asal datang tahun baharu je, sure akan terkeluar bait-bait ayat seperti  macam tadi, macam budak-budak AF lah, asal dapat tugas lagu terbaru je, sure akan keluar dialog … “saya akan buat yang terbaik”, tapi Tak! Tahun 2011 memang lain macam sikit. Dan 2012 saya tak mengharapkan akan ada 1 miracle atau keajaiban yang akan jatuh menimpa diri, tapi saya akan berusaha untuk menciptanya. InsyaAllah, hanya dengan izin dari-Nya.

DK – “2012, please be nice to me please? Thank you 2011”

Saturday, January 8, 2011

Ada apa dengan Play-Doh? We're kids at heart.



Dulu di waktu anak-anak, kalau tertengok jer iklan Play-Doh kat tv, sure macam nak meroyan jer rasa. Al maklumlah, duit belanja sekolah pun kalau dikumpul pun, tak dapeknya nak membantu menggapai impian membeli menatang ini. Oh, jadi ... sila jangan berangan lebih-lebih ya. Main ajerlah plastesin yang ada. Sampai biru jari-jemari yang halus mulus di kala itu.

Namun demikian, zaman dah berubah Pak Long. Melihatkan kepesatan ekonomi negara, oh cucu-cucu ku telah dapat bermain Play-Doh ini. Peluang untuk tumpang sekaki pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Saksikanlah ...



oh ... bukankah sangat hebat perkakasan mereka ini? Hanya nak membuat aiskrim olok-olok saja. Our nenek dulu buat bahulu pun pakai tools yang tak secanggih ini kan? apakah? ais krim palstesin ajer kot?


Ais krim benyek! Ciss


Introducing, yang si abang adalah Najmi dan yang dok tersengih kat Pak Long dia tu, is Danish. 

Hah, yang ini semenggah la sikit rupanya okey! aiskrim pandan - or green apple - or kiwi - or jambu ...

Tadaaaa!!! Chef Najmi with his masterpiece :)

Danish sangat stress yer kawan-kawan ketika sessi fotoshoot ini. Kamera membuatkan beliau nerveous, lantas aiskrimya langsung tidak menjadi. Grrr ... !

Sebelum mengakhiri kegembiraan di entry kali ini, kredit harus diberikan pada mak ayah kanak-kanak ini ya. My dearest Kak Yang & Abang Zam yang pejam sebelah mata saja tatkala aku beraksi mengalahkan anak-anaknya. 
yearh, we're kids at heart.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...