Tuesday, January 22, 2013

Kursus Pengucapan Awam Artis Malaysia.







Kerjaya sebagai seorang artis tidak hanya menuntut bakat lakonan atau nyanyian. Sebagai seorang yang menjadi perhatian masyarakat, kemahiran bewrkomunikasi dengan orang awam atau pihak media, antara salah satu kriteria yang tidak harus dipandang ringan oleh golongan ini. Hakikatnya, kita harus menerima kenyataan yang kebayakan artis tanahair kita hanya mampu mengucapkan perkataan 'terima kasih' sahaja apabila dijemput naik ke pentas untuk menerima anugerah bagi pihak diri mereka sendiri.

     Adakah kami sebagai penonton atau khalayak peminat yang terlalu bijak atau sememangnya acuan artis kita memang begitu, bukanlah saya yang akan memberikan jawapannya. Jauh sekali ingin menjadikan Hollywood sebagai kiblat bagi artis kitamencontohi mereka, namun ada sesuatu yang boleh dipelajari dari tontotan majlis anugerah di Hollywood seperti acara Academy Awards, Globe Awards, malah Brit Awards di Britain. Tidak terhad dengan hanya "terima kasih kepada mak, ayah, suami tersayang dan peminat! oh... kepada penaja baju saya malam ini, i love you all", karyawan barat lebih sensitif dalam menyampaikan dedikasi mereka kepada mereka yang bersama-sama merealisasikan kemenangan seperti team belakang tabir malah dalam tempoh beberapa saat di atas pentas berprestij digunakan sebaik mungkin dengan berkongsi sedikit pengalaman yang tidak diceritakan di episod 'Behind The Scene' filem penggambaran mereka dan bagaimana ia mungkin menjadi salah satu faktor bagi tuah menyebelahi mereka, merangkul trofi di malam bertuah itu. Apa yang penting, ia menjadi inspirasi untuk dikongsikan dengan semua. Bukan menjadi medan untuk mempromosikan nama penaja dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.

     



Sebagai contoh dalam pemerhatian, bukan sengaja mencari salah artis ini sementelah namanya hangat diperkatakan kini semenjak memenangi anugerah nyanyian dari tanah besar China, hinggalah ke anugerah besar industri muzik tanah air yang dibolotnya kini, namun ucapannya di majlis Anugerah Planet Muzik 2012 lalu di Singapura bagai membuatkan saya terfikir sejenak. Bagi kemenangannya merangkul Anugerah Artis Wanita Terbaik (bukan anugerah kategori popular atau undian sms peminat ya), Shila Amzah hanya mampu berterima kasih pada kedua ibu bapa, peminatnya, designer dan make-up artis. Oh, saya mungkin jahil tentang industri muzik tanah air, tetapi ... ucapan terima kasih buat 'designer dan make-up artis' bagi kejayaannya di majlis anugerah sebegitu membuatkan saya terfikir lagi, mungkin sungguh besar jasa dan pengorbanan 'designer dan make-up artis' nya dalam meletakkan Shila Amzah di tahapnya berada pada hari ini.

     Shila Amzah adalah secebis subjek, namun ucapannya pada malam itu betul-betul mendesak saya menulis artikel ini dan mohon jika perlulah artis tanah air kita diberikan 'Kursus Pengucapan Awam', buatlah ia dengan segera. Bak kata orang tua-tua, 'perkara yang baik, tidak elok dilambat-lambatkan'.


Sunday, June 10, 2012

One Fine Day : Menjadi Boss Untuk Diri Sendiri.




7 tahun berada di dalam industri, 11 tahun total. I think this is the time for me to say goodbye. Hello everybody! Bila berkesempatan berblogging semula, means saya sudah kembali mempunyai masa senggang. Its time for me to share something. Sharing is caring.



Mungkin di satu hari nanti, apabila impian murni ini sudah terlaksana. Mungkin akan ada seseorang yang dengan gaya confident nya, datang ke arah ku sambil berkata, "hey! i read about this from your blog before". Arghh! 6 orang je kot yang bace belog engkau keroL!

Terima kasih kepada 11 tahun yang penuh dengan pengalaman berharga. berkerja bersama mereka yang berpengalaman luas di dalam industri, ada yang wangi, ada yang busuk, ada yang tak berbau. Its so variety. Thanks. 

Biarlah satu hari nanti, diri ini akan mempunyai lebih masa untuk diri sendiri. Mempunyai lebih kuasa untuk menentukan hala tuju karier sendiri. Mempunyai lebih ruang untuk bernafas bagi kemerdekaan diri sendiri. One fine day, Insyaallah, cita-cita murni ini pasti akan terlaksana. Have a good weekend everybody.



"One fine day, Insyaallah"


DK - "kuli makan gaji, kuli batak, kuli proffesional, macam-macam jenis kuli ... kan?"

Monday, January 2, 2012

Tips Merancang Majlis Sehebat David Tutera.



Salam 1 Malaysia. Selamat Tahun Baru 2012 everybody. As usual, Tajuk hapdet belog mesti nak gempak-gempak. Baru la ade semangat sikit korang nak bukak mata kasi baca. Tapi takde la sampai tahap nak memperdaya, kata boleh menang pakej makan malam dengan Dafi AF bagai, pastu bila baca-baca sampai abis, rupanya cerita pasal gosip Shuib Sepah nak kahwin 1 lagi. Euwww. Ape kes?

Nak upah David Tutera untuk uruskan majlis yang bakal kita buat, memang bagai mengharap bulan jatuh ke riba la wey. Nak heja nama David Tutera pun sampai nak kena Google Analytics bagai. Ah! Toksah la. Rumah si dak David pun taktau kat mana kan? Tau? tak tau kaaan? T_T

10 Januari ni, hari jadi Mak dengan Mak Cik kite taw. Yup! Tokwan kite sangat pandai dalam setting date merancang kelahiran anak-anaknye. Ngam-ngam Adik dengan kakak lahir sama tarikh. 10 Januari. Korang pandai buat? Tak kaaan? kbai.

Macam biasalah. Yang paling matang diantara kalangan pangkat anak-anak haruslah Hands-On dalam memberikan buah fikiran serta menyumbang idea bernas dalam menerajui kes-kes berprofil tinggi sebegini. Contoh, kalau dalam persatuan masa kite sekolah dulu-dulu, kirenye jawatan dalam persatuan tu, "Guru Penasihat" la. Lagi up dari Presiden. Stok kalau begambar dalam Buku Tahunan sekolah, yang dok kat tengah-tengah tu. Best dowh. Best Best.

Selain mengenalpasti siapakah yang bakal diraikan & untuk apa majlis dianjurkan, kita yang gemar mengadakan majlis diluar rumah seperti di Restoran & Cafe haruslah bijak & arif tentang konsep, suasana serta menu yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan berkenaan. Adakah ianya bertepatan dengan kehendak kita sebagai perancang majlis pada hari berkenaan? *serius* . (sila salin pls)

Tips : Buat makan-makan di restoran yang taknah sampai.

1. Recce - Datang lebih awal ke tempat kejadian. Datang lebih awal means datang buat recce dulu. Bukan nak buat makan-makan pukul 2:30, pukul 2:17 baru terhegeh-hegeh nak sampai sana. Bajet nak tempah, kumpul duit, baru nak suruh tokey kedai susun kerusi meja, order, dan telefon rakan taulan dalam satu nafas pada 13 minit terakhir. Ini bukan Olimpik. Menang tak dapat hadiah ok. Nak buat event hari Sabtu, luangkanlah masa pada hari Khamis, atau Jumaat untuk datang recce terlebih dulu. Jika malas, sila letak jawatan sekarang juga. Kesian. Sekian. Terima Kasih.


Payung terbukak. Means restoren ada orang. Leh Masuk. 

2. Budget - Cek dalam wallet korang ada berapa ringgit pls. Jangan nanti sampai kena ulang alik masuk kereta korek syiling kat tempat dashboard la, korek bawah seat la. Takde duit belen tol dibawah sana k. Kalau ada pun, just berapa sen sangat la ade situ. Thats why, pergi sana awal. Check harga hidangan, then selaraskan dengan budget persetujuan ramai. Takde la sampai jadi kes nak order cikencop dengan bajet 2 ringgit setengah tergenggam dalam tangan. 

3. Book & Reservation - Dah confirm tarikh bila nak datang serbu, bgtau kat Supervisor / Restaurant Manager in-charge tu akan kehadiran anda pada tarikh sekian-sekian. Kotla hari anda datang recce tu sebenarnya adalah hari terakhir mereka beroperasi, "Tak ke haru Yoeb?" ate? My style, i selalunya akan order siap-siap. Selain daripada menjimatkan masa & melancarkan perjalanan majlis, sedikit sebanyak ia membantu anda dari segi menaikkan reputasi anda sebagai perancang majlis. Its look smooth & under control. Sangat menyakinkan bagi anda untuk diundi sekali lagi pada semester hadapan kelak. Kami pasti!


------

Sekian kuliah. Sekarang boleh tutup buku. Tak perlu nak ber orang dalam bagai untuk buat booking di restoran untuk nak buat majlis ni. Berkomunikasilah dengan tuan empunya kedai dengan efisien. Masuk tempat orang, kene la bawak-bawak berbincang. Komunikasi yang berkesan sangat penting untuk kebaikan bersama. Silap-silap, ada diskaun atau khidmat bantuan lain yang akan ditawarkan untuk anda. Berbincanglah untuk kebaikan bersama. Yakin Boleh!


Behind The Scene : The Making Of, Hari Jadi Mak 2012


Recce Date : 01 Januari 2012 , 05:15pm-07:20pm.
Event / TX Date : 13 / 14 Januari 2012
Place : Fullhouse, Lifestyle Store & Cafe, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
Person In Charge : Khairul Aswar & Farah Zuryati.


Hari pertama di tahun baru 2012 diserikan dengan aktiviti mencemar duli membuat recce ke Fullhouse, Jalan Yap Kwan Seng. 

Kami akan cuba mengikuti segala tips seperti yang telah tercatat di atas. Tanpa bantahan. Yurp!


Sebagai hidangan iringan sepanjang sesi mesyuarat tidak rasmi ini. Just untuk lapik perot. Siyes! Just lapik jer. Pelapik yang nipis. Siyes. Siyes nipis.


Flower Tea : Jasmine . MYR : $ 6.90


Takkan nak nengok jer buku menu tu kan? Mai se-chewann! *actually we olls dapat 2 chewann sebab we olls berdua, tq*


Ape wayer2 ni? 2012 la. Hello..

Nipis kan? Tu la.. cakap tak percaya ... 

Oyster Mornay. 1 @ MYR $ 6.90 . 3@MYR $ 15.90

Baked Oyster with Spinach & Cheese Sause. p/s : Im in heaven, New York New York New York :)

Ada Ummphh!!


Tengoklah, apa akan jadi on TX date nanti k. Recce dah bukan main lagi ha. Selamat Tahun Baru sekali lagi. Have a nice day :)


Hip Hip Hooreyy!!!


DK - "Ade sesiapa nak jadi pengapit i on Hari Jadi Mak i nanti? Ade? Ade?"

Sunday, January 1, 2012

Istimewa Tahun Baru : Selagi Budak-Budak Ni Boleh Makan.





Perrgh! Tajuk update belog kalau tak gempak seperti ayat di atas memang tak sah la kan? Kau kalau bab makan memakan, sure tak nak mengaku kan Kerol Aswa? Pastu terus nak point fingers kat orang lain, terutamanya budak-budak. Bajet kau memang tak makan banyak la? Ah!  Diamla! Toksah nak buat aku rasa macam bersalah sangat la. Aku just rasa je kot? R.a.s.a ... k!

Inilah budak-budak yang dimaksudkan. Atiqah & Aqilah.
Sangat-sangat dimaksudkan.


Semua orang pun tau, kalau nak cari best Japanese food sewaktu shopping groceries adalah di Jusco. Yeah! almaklumlah, Jusco memang berasal dari negara matahari terbit ni pun. So, memang no wonder-lah wey.


Memang tak semua tekak orang kat tanah melayu ni pun yang boleh terima benda alah benda alah dari Jepun ni. Kalau tak boleh nak telan tu, macam-macam fakta & prinsip diri lah yang boleh kita dengar dari pihak defendan untuk membela diri.


"kulit aku sensitif lah wey, makan ikan mentah boleh buat rona kulitku jadi tidak sekata"


ERKKK???


 Lupakan. Biarkan mereka dengan dunia mereka. Keberuntungan akan berpihak kepada kita sebenarnya, jadi usaha pujuk-memujuk ni akhirnya akan memakan diri sendiri. Korang nak ke share makan dengan diorang? Pastu kene order lagi sekali sebab tak cukup? Pasti, jawapannya adalah Tidak! plus, tiada siapa pun kat sini yang nak kempen suruh makan ikan mentah. Kita nak ajak makan Tako tao! tau Tako tao? tak tau?


Tadaaaa!!!


Walau kami take-away & makan dalam kereta. Its still HOT & Menyengat!
Percaya pada kami pls.


Memang sangat sedap sebenarnya. Berkhasiat. Weh! Apa saja yang aku makan, kalau siap tulis kat belog ni, yang tak berkhasiat pun akan jadi berkhasiat weh! Serius. 


Kalau tak payah share boleh tak? 


Makanan Jepun ini disediakan panas-panas sewaktu adik-adik semua membuat pesanan ya. Macam acik yang buat kaya ball panas-panas kat depan Mydin tu. Sekotak hanya RM 4.90! Mampu milik. Tak perlu nak buat rayuan isi borang bantuan 1 Malaysia bagai.


Pilih lah mana satu yang berkenan di hati. Kami pilih Udang!!!


Berbeza dengan sushi yang dihidang sejuk atau dalam kondisi suhu bilik, hidangan panas ini sangat menyelerakan dengan cecahan mayonis serta sos lada hitam serta sos ikan istimewa mereka. *tak macam bunyi skrip JJCM TV3 kan?*


Sesi bedah siasat makanan berkhasiat.

See? Jumpa Udang kan?


tengok ni ...




Ni yang malas nak update-update belog ni. Kan dah lapa. Sape susah sekarang?




DK - "Teringin pulak nak makan kuih Tako, kalau bulan tak puasa, mana nak dapat kuih Tako erh?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...